Pemergian Nawawi kehilangan besar buat UMNO: Ahmad Zahid

Tangkap layar di Facebook Zahid pada Isnin.
Tangkap layar di Facebook Zahid pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan salam takziah kepada keluarga atas pemergian Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang meninggal dunia, awal pagi Isnin di Frankfurt, Jerman.

Ucapan tersebut dizahirkan melalui akaun Facebook rasmi Zahid di atas pemergian bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Nawawi Ahmad atas pemergian Arwah awal pagi tadi di Jerman.

Kehilangan besar kepada UMNO atas pengorbanan dan jasa bakti beliau kepada parti selama ini.

“Semoga Allahyarham akan ditempatkan bersama para syuhada dan solehin. Mari kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada beliau,” katanya di siaran di Facebook pada Isnin.

Nawawi pernah menjadi Ahli Parlimen Langkawi pada 2013 hingga 2018 dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah dari 2004 hingga 2013.

Beliau tewas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanding atas tiket PKR di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Artikel Berkaitan: