Sabah sambar slot ke Piala AFC 2023

No Image Caption
A
A
A

SABAH FC sah akan beraksi di pentas Piala AFC 2023 selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2022 sebentar tadi.

Ia kerana berdasarkan peraturan yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sekiranya juara bagi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia merupakan kelab yang sama, maka, slot kedua ke saingan Piala AFC akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super.

The Rhinos bimbingan Datuk Ong Kim Swee sebelum ini menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga selepas mengumpul 42 mata dari 22 perlawanan.

Sebelum ini slot pertama kejuaraan tahap dua kelab Asia itu ke saingan menjadi milik Terengganu FC (TFC) yang menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.

JDT bimbingan Hector Bidoglio pula meraih slot tunggal ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 selepas muncul juara Liga Super 2022.

Artikel Berkaitan: