PRU15: Jumlah undi calon Gerakan meningkat - Dominic

Dominic (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Gerakan pada Sabtu.
Dominic (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Gerakan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peningkatan jumlah pengundi kepada calon-calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menandakan slogan prihatin, bersih dan stabil diperjuangkan Perikatan Nasional (PN) diterima rakyat.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia membuktikan rakyat menerima ideologi yang dibawa malah semakan yang dibuat juga mendapati sebanyak 34 peratus pengundi pertama kali (Melayu) memberi undi dan menyokong PN.

"Untuk pengetahuan, undi diperoleh daripada rakyat juga meningkat kepada calon-calon Gerakan, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan juga PRN Johor pada tahun lepas dan awal tahun ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Gerakan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dominic berkata, parti memberikan fokus kepada Pulau Pinang dan kerusi Parlimen yang ditandingi oleh calon-calon daripada parti berkenaan.

"Sebagai contoh, terdapat empat kerusi Parlimen calon kami berada di tempat kedua walaupun bertanding di kerusi Parlimen yang berlaku pertembungan empat penjuru atau ke atas.

"Kini, kami akan fokus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Padang Serai dan Tioman dulu.

"Pada masa singkat, kami akan bersiap-sedia dengan jentera-jentera bagi mengharungi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu pada tahun hadapan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: