Jepun optimis kekal rentak positif

Moriyasu (kanan) yakin Jepun mampu melakar keputusan positif pada aksi menentang Costa Rica pada Ahad. - Foto EPA
Moriyasu (kanan) yakin Jepun mampu melakar keputusan positif pada aksi menentang Costa Rica pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

PENGURUS Jepun, Hajime Moriyasu optimis skuad Samurai Biru berupaya mengekalkan rentak cemerlang apabila bakal berdepan saingan Costa Rica pada aksi Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.

Kemenangan itu mampu mencerahkan peluang negara matahari terbit itu untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Moriyasu berkata, para pemain akan melakukan perkara yang sama ketika mereka mengejutkan Jerman pada aksi menentang lawan yang bermula jam 6 petang.

“Apa kami fikir ketika ini adalah perlawanan yang ada di hadapan dan kami akan bermain seperti sebelum ini.

“Selepas perlawanan kami akan meraikannya jika menang atau kecewa sekiranya kalah.

"Apa yang Jepun selalu fikirkan adalah apa yang boleh dilakukan untuk perlawanan seterusnya dalam cara positif,” ujar Moriyasu.

Jepun melakar kejutan apabila ledakan, Ritsu Doan dan Takamu Asano mengecewakan Jerman yang menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti oleh Ilkay Gundogan.

Moriyasu berkata, perlawanan dengan Jerman adalah satu perkara yang sudah berlalu dan kejayaan itu memberi ketenangan kepada pasukan.

Artikel Berkaitan:

Malah beliau berkata, Jepun lebih bersedia menentang Costa Rica yang sebelum ini dibelasah 7-0 oleh Sepanyol pada perlawanan pertama kumpulan.