Sila log masuk terlebih dahulu.

Cabaran besar menanti Anwar

25 November 2022 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 25 NOVEMBER 2022 24 November 2022 mencatatkan sejarah penting buat negara apabila Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10. Pelantikan itu mengakhiri kemelut penubuhan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri yang berlanjutan hampir seminggu. Sudah pasti ramai ternanti-nanti barisan Kabinet yang diterajui Datuk Seri Anwar yang selama ini memperjuangkan reformasi dalam kerajaan sekiranya diberi mandat. Cabaran besar pastinya menanti beliau kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ditadbir dua gabungan berlainan, apatah lagi PH-BN sebelum ini menjadi seteru utama. Artikel: https://bit.ly/3Vn9sxuMuzik: Artlist.co#SinarHarian #BuletinTikTok