Messi yakin Argentina bangkit lawan Mexico

Lionel Messi - Foto EPA
Lionel Messi - Foto EPA
A
A
A

KAPTEN pasukan Argentina, Lionel Messi yakin pasukannya akan bangkit pada perlawanan menentang Mexico selepas tewas mengejut kepada Arab Saudi dalam aksi pertama kumpulan C pada Selasa lalu.

Menurut Messi, kesemua pemain dalam pasukan tersebut telah menerima kekalahan dan melupakan kejadian pahit itu dengan masing-masing berazam untuk menebus kembali kekecewaan pada aksi tersebut.

“Kumpulan ini tidak akan berputus asa. Kami akan cuba untuk mengalahkan Mexico pada aksi seterusnya.

“Tiada alasan, kami akan lebih bersatu berbanding sebelum ini. Kumpulan ini kuat dan telah menunjukkannya sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini pasukan Argentina tewas mengejut kepada Arab Saudi meskipun berjaya mendahului pada babak pertama menerusi jaringan penalti Lionel Messi.

Bagaimanapun jaringan babak kedua oleh Saleh Al-Shehri dan Salem Al-Dawsari membantu Arab Saudi melakukan kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia.

Skuad Albiceleste kini perlu menang menentang Mexico pada Sabtu dan diikuti Poland pada Rabu depan untuk menghidupkan peluang memburu gelaran dunia buat kali ketiga.

Artikel Berkaitan: