Lelaki hilang ketika mendaki Bukit Durian bersama 20 rakan

Pihak bomba berbincang dengan rakan mangsa dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang hilang semasa mendaki di Bukit Durian, Pagoh pada Jumaat
Pihak bomba berbincang dengan rakan mangsa dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang hilang semasa mendaki di Bukit Durian, Pagoh pada Jumaat
A
A
A

MUAR - Seorang lelaki yang mendaki bersama-sama 20 rakan dikesan hilang dalam kejadian di Bukit Durian, Pagoh, dekat sini pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Penolong Pegawai Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.59 tengah malam Khamis.

"Seramai 11 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Berdasarkan maklumat, mangsa, Goh Sang Seng yang berusia 56 tahun mendaki bersama 20 rakannya pada jam 6 petang semalam sebelum dikesan hilang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, rakan-rakan mangsa yang menyedari kehilangan lelaki tersebut cuba mencarinya tetapi tidak ditemukan sebelum meminta bantuan bomba.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pada jam 7 pagi Jumaat dan masih diteruskan sehingga kini.

Artikel Berkaitan: