Anwar sahkan GRS sertai kerajaan perpaduan

Anwar bermesra dengan pengunjung Medan Selera Presint 8 dan menikmati makan tengah hari sebelum menuju ke Masjid Putra untuk menunaikan solat Jumaat.
Anwar bermesra dengan pengunjung Medan Selera Presint 8 dan menikmati makan tengah hari sebelum menuju ke Masjid Putra untuk menunaikan solat Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan sokongan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut Anwar, beliau telah menerima panggilan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Khamis.

"Dia (Hajiji) menelefon saya semalam, memang sertai kita," katanya ketika ditemui pemberita di Medan Selera Presint 8, dekat sini pada Jumaat.

Hajiji yang juga merupakan Pengerusi GRS pada Khamis melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri dan Persekutuan boleh bekerjasama rapat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan, termasuk usaha mengembalikan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Terdahulu, Anwar dalam sidang mediai di Bangunan Perdana Putra hari ini memberitahu penyertaan GRS membolehkan Kerajaan Perpaduan mencapai dua per tiga ahli Parlimen

"Ketua Menteri Sabah telah maklumkan bahawa GRS juga setuju secara rasmi akan menyertai kerajaan perpaduan.

"Ini bermakna kekuatan induk kita yang diumumkan semalam, termasuk GPS Sarawak dan sekarang GRS Sabah, menunjukkan kita sudah hampir atau telah mencapai dua per tiga ahli Parlimen," katanya.

Artikel Berkaitan: