Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan bagi Semenanjung dan Sabah pada Khamis. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan bagi Semenanjung dan Sabah pada Khamis. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan bagi Semenanjung dan Sabah sehingga jam 7 malam pada Khamis.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan ribut berkenaan dijangka melanda keseluruhan Terengganu.

Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan sekitar Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Pahang, kawasan yang terlibat adalah Rompin.

Di Negeri Sembilan pula, kawasan yang terlibat adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

Selain itu, di Johor pula amaran berkenaan dikeluarkan bagi kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Pada masa yang sama, kawasan yang terlibat bagi Sabah adalah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) manakala Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

Artikel Berkaitan: