Pelantikan PM ke-10 untuk bela nasib rakyat

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

MELAKA - PH Melaka menyifatkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis bagi meneruskan agenda parti untuk membela nasib rakyat.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, dalam keadaan rakyat sedang menghadapi bebanan kos sara hidup sudah pasti nasib rakyat di negara ini akan terus menjadi keutamaan PH seperti mana tawaran yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

"Kita juga yakin pelantikan itu dapat meningkatkan ekonomi kita.

"Dengan pelantikan beliau kestabilan negara itu akan lebih kukuh, keyakinan pelabur juga akan meningkat untuk melabur dalam negara," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Ketika disoal sama ada nama beliau disenaraikan dalam pembentukan Kabinet baharu, beliau yang juga bekas Ketua Menteri berkata, segala keputusan berkaitan diserahkan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Khamis berkata, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada jam 5 petang ini di lstana Negara.

Artikel Berkaitan: