Atlet paralimpik Britain calon angkasawan OKU pertama dunia

John McFall - Foto AP
John McFall - Foto AP
A
A
A

MOSCOW - Atlet paralimpik Britain, John McFall mungkin menjadi angkasawan kurang upaya (OKU)pertama dunia, menurut Agensi Angkasa Eropah (ESA) pada Rabu.

"Pada November 2022, John dipilih untuk mengambil bahagian dalam Projek Kebolehlaksanaan Parastronaut demi meningkatkan pemahaman dan mengatasi halangan ketika penerbangan angkasa lepas bagi angkasawan yang kurang upaya fizikal," lapor Sputnik memetik ESA dalam satu kenyataan.

McFall yang hilang kaki kanannya dalam kemalangan ketika berusia 19 tahun, bersaing sebagai pelari pecut Paralimpik United Kingdom.

Menurut agensi itu, McFall merupakan antara 17 calon angkasawan baharu dan dipilih daripada 22,500 pemohonan.

Agensi Angkasa Lepas Eropah telah memilih 17 calon angkasawan baharu daripada lebih 22,500 pemohon dari seluruh negara anggotanya.

"Bagi kelas 2022 baharu, angkasawan ESA terdiri daripada lima angkasawan utama, 11 ahli simpanan dan seorang angkasawan kurang upaya," menurut agensi itu.

Calon angkasawan akan menjalani latihan asas selama setahun di Pusat Latihan Angkasawan Eropah di Jerman, dan mereka akan memulakan latihan untuk bekerja di stesen angkasa, menurut ESA. - Bernama