Pas Sabah ingatkan jangan cetus provokasi

 Aliakbar Gulasan
Aliakbar Gulasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Pas Sabah meminta semua pihak tidak melakukan sebarang provokasi atau kenyataan yang boleh merosakkan keharmonian agama atau kaum khususnya di negeri ini.

Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, semua ahli jawatankuasa dan ahli di semua peringkat dinasihatkan agar terus bersabar dan tenang dalam menghadapi senario politik semasa.

"Situasi politik seumpama ini sangat menuntut kesabaran semua.

"Bagi pihak Pas Sabah kita menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan kepimpinan utama untuk menentukan sebarang keputusan demi kesejahteraan negara dan rakyat.

"Jangan ada sebarang provokasi atau kenyataan yang boleh merosakkan keharmonian agama atau kaum khususnya di negeri Sabah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keadaan semasa politik negara berikutan kerajaan Persekutuan belum dapat dibentuk selepas lima hari

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Sehubungan itu, Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik menyarankan rakyat di negara ini terus berdoa supaya kerajaan dapat dibentuk segera.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga menyarankan agar rakyat teruskan berdoa supaya kerajaan Malaysia akan dapat dibentuk secepat mungkin dalam keadaan tenang dan aman," katanya.