Hernandez dirundung malang

Hernandez mengalami kecederaan lutut ketika Perancis membenam Australia 4-1 dalam aksi Kumpulan D pada Rabu. - Foto EPA
Hernandez mengalami kecederaan lutut ketika Perancis membenam Australia 4-1 dalam aksi Kumpulan D pada Rabu. - Foto EPA
A
A
A

MALANG buat Lucas Hernandez yang mungkin terpaksa melupakan baki saingan Piala Dunia setelah mengalami kecederaan lutut ketika Perancis membenam Australia 4-1 dalam aksi Kumpulan D pada Rabu.

Hernandez mengalami kecederaan di ligamen lutut, menurut Persekutuan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) yang mengesahkan laporan L'Equipe.

"Nampak agak serius. Dia perlu melakukan beberapa lagi ujian. Ada kesan lebam besar

"Ini adalah satu tamparan besar dialami malam ini (Rabu)," ujar jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Hernandez melangkah keluar dari padang dengan mengalami kesakitan selepas beberapa minit memegang lututnya.

Dia diasak Mathew Leckie yang kemudian melorongkan bola kepada rakan sepasukan, Craig Goodwin untuk menyumbat gol buat Australia.

Perancis mendahului Kumpulan D dengan tiga mata, dua mata di depan Tunisia dan Denmark yang melakar keputusan tanpa jaringan.

Artikel Berkaitan: