Piala Dunia Qatar: Tiga juta tiket perlawanan berjaya dijual

Peminat bola sepak dari seluruh dunia beratur bagi memebli tiket perlawanan piala dunia. - Foto AFP
Peminat bola sepak dari seluruh dunia beratur bagi memebli tiket perlawanan piala dunia. - Foto AFP
A
A
A

HAMPIR tiga juta tiket perlawanan berjaya dijual pada Piala Dunia Qatar 2022 yang membuka tirainya secara rasmi pada Ahad.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ketika mendedahkan perkara tersebut memberitahu, temasya itu membantu melonjakkan pendapatan mereka sejak empat tahun lalu kepada AS$7.5 bilion (RM34.3 bilion).

Jurucakap FIFA memberitahu AFP bahawa 2.95 juta tiket sudah dijual sehingga hari perasmian, malam tadi.

Permulaan Piala Dunia telah membawa kepada lonjakan minat dalam 64 perlawanan sepanjang 29 hari walaupun publisiti negatif terhadap penganjuran Qatar.

Bilangan tersebut sekali gus menyaksikan edisi di Qatar telah pun mengatasi bilangan tiket dijual pada Piala Dunia Russia 2018, apabila hampir 2.4 juta tiket berjaya terjual.

Tambah jurucakap tersebut, Qatar, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Mexico, Britain, Emiriah Arab Bersatu, Argentina, Perancis, India dan Brazil adalah antara negara paling banyak membeli tiket piala dunia edisi kali ini.

Sebelum ini, Presiden FIFA Gianni Infantino memberitahu bahawa pendapatan empat tahun badan dunia itu dianggarkan mencecah $7.5 bilion (RM34.29 billion) menjelang akhir tahun ini, lebih daripada $1 bilion (RM4.57 Billion) tinggi daripada yang diramalkan empat tahun lalu.

Infantino memberitahu 211 ahli gabungannya bahawa angka yang menakjubkan datang meskipun Covid dan beberapa krisis lain berlaku di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan: