PRU15: 3,417 laporan, 508 kertas siasatan dibuka

Hazani
Hazani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 3,417 laporan dan sebanyak 508 kertas siasatan dibuka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara sejak 4 November hingga 20 November lalu.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, kertas siasatan dibuka melibatkan pelbagai kesalahan iaitu sebanyak 86 kes di Selangor, Perak (52), Kedah (49), Pulau Pinang (44), Pahang (43), Kelantan (42), Sabah (38), Sarawak (33), Negeri Sembilan (31), Johor (29), Kuala Lumpur (21), Melaka (19), Terengganu (14) Dan Perlis (7).

"Kita telah menerima sebanyak 3,417 laporan sejak 4 November hingga semalam, daripada jumlah tersebut sebanyak 508 kertas siasatan telah dibuka," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hazani berkata, sebanyak 149 kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Kita telah merujuk 149 kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kertas telah diklasifikasikan tiada tindakan lanjut (NFA)/kemas untuk simpan (KUS)," katanya.

Beliau berkata, seramai enam individu telah dituduh di mahkamah di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

"Seramai empat individu pula telah dijatuh hukum," ujarnya.

Artikel Berkaitan: