Eriksen teruja kembali ke pentas Piala Dunia

Eriksen - Foto AFP
Eriksen - Foto AFP
A
A
A

PERANCANG Denmark, Christian Eriksen mengakui semakin bersemangat menghadapi kempen Piala Dunia 2022 selepas mengalami serangan jantung pada saingan Euro 2020 tahun lalu.

Menurut Eriksen, serangan jantung yang dialaminya itu telah mengubah kehidupan dan kariernya bermula dengan keputusan meninggalkan kelab Inter Milan sebelum menyertai Manchester United.

“Saya rasa ia memberi saya penghargaan kerana masih hidup dan bersama keluarga. Saya rasa segala-galanya bermula dengan hanya dialihkan ke tepi.

Untuk mempunyai kemungkinan kembali dan menjadi seperti sebelum ini adalah matlamatnya. Matlamat pertama saya sentiasa menjadi teman dan bapa, namun dapat menyertai Piala Dunia kali ketiga juga istimewa.

“Daripada temubual pertama yang saya lakukan sejak kembali, saya berkata mahu kembali bermain. Itulah matlamat dari hari pertama apabila mempunyai kemungkinan untuk kembali.

“Jadi benar-benar tumpuan telah banyak berubah dalam perjalanan ke Piala Dunia. Tetapi sekali lagi, ia masih sangat istimewa untuk berada di Piala Dunia,” katanya.

Insiden Eriksen rebah di tengah padang ketika Denmark bertemu Finland dalam aksi kumpulan Euro 2020 di Copenhagen pada Jun 2021 ternyata mengejutkan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Bagaimanapun, dia kini kembali bangkit sehingga berjaya menempatkan diri dalam skuad Denmark yang akan menyingkap kempen Kumpulan D menentang Tunisia di Stadium Education City pada Selasa.

Artikel Berkaitan: