PRU15: 'Boleh terima mana-mana parti asalkan negara stabil'

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mahukan sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, gabungan itu nanti diharap dapat dibentuk walaupun parti-parti berkaitan mempunyai agenda yang berbeza.

"Paling penting kerajaan stabil dan boleh bentuk kerajaan walaupun berbeza parti.

"Agenda semua (parti) berbeza tapi yang penting dapat stabilkan negara demi kemakmuran," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat biro politik BN di Ibu Pejabat UMNO di sini pada Ahad.

Mohd Khairuddin yang bertanding di Parlimen Kuala Nerus atas tiket BN mendapat 26,932 undi, namun tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Alias Razak yang mendapat 56,697 undi.

Pada Januari lalu, Mohd Khairuddin digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas.

Pada muktamar Pas ke-67 November tahun lalu, Mohd Khairuddin antara tiga pemimpin tertinggi parti yang dilantik semula menduduki ahli jawatankuasa bagi sesi 2021-2023 selepas tewas pada pemilihan.

Dua lagi yang dipilih semula menduduki jawatankuasa Pas Pusat selepas tewas pada pemilihan adalah Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Artikel Berkaitan: