PRU15: BN pertahankan Guai, Kemayan

Zaman (tengah) ketika mengumumkan keputusan DUN di Bera.
Zaman (tengah) ketika mengumumkan keputusan DUN di Bera.
A
A
A

BERA - BN mempertahankan kubu kuat mereka dengan dua kemenangan di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Guai dan Kemayan pada Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15).

Datuk Sabariah Saidan memenangi kerusi Guai selepas meraih 9,425 undi dengan majoriti 2,678 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Norhashimah Noh (6,747), calon Pakatan Harapan (PH), Noraini Abd Ghani (1,906) dan calon Bebas, Jafari Yusof kehilangan wang deposit selepas sekadar meraih 977 undi.

Kerusi DUN Kemayan pula menyaksikan Khaizulnizam Mohd Zuldin memenangi kerusi itu meraih 13,378 undi dengan majoriti 6,913 undi menewaskan pencabarnya, Safuan Husin (PN) yang meraih 6,865 undi.

Namun kekebalan PH di DUN Triang masih gagal ditembusi selepas penyandangnya, Leong Yu Man meraih 10,816 undi dengan majoriti 6,219 undi berbanding calon BN, Yee Cheng Hwa (4,597) dan calon PN, Izzudin Zulkifli (3,557).

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini.

Kelihatan, ketiga-tiga calon yang menang ditemui di pusat tersebut.

Artikel Berkaitan: