7 maut letupan gas di wilayah Sakhalin Rusia

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

VLADIVOSTOK - Seramai tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak maut manakala sembilan yang lain cedera akibat letupan gas di sebuah pangsapuri di Tymovskoye wilayah Sakhalin, Rusia pada pagi Sabtu, lapor Xinhua.

Gabenor Wilayah Sakhalin, Valery Limarenko berkata, tiga lagi individu masih hilang.

Kerajaan tempatan memaklumkan bahawa penyimpanan gas asli yang tidak selamat dan penggunaan tangki gas menyebabkan letupan.

Letupan berlaku sekitar 5 pagi waktu tempatan (0200 GMT) serta merosakkan sebahagian bangunan itu, lapor agensi berita Rusia TASS, memetik perkhidmatan kecemasan tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: