Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: 'Ironman' curi tumpuan di SK Bukit Sagu 1

19 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 19 NOVEMBER 2022

Seorang bapa kepada tiga anak mengambil insiatif kemeriahan hari pengundian sempena PRU15 dengan menggunakan kostum adiwira Ironman.

Mohd Shah Riduwan Abdul Rahman yang memakai kostum itu berjalan hampir 100 meter dari rumahnya untuk membuang undi di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan Bukit Sagu 1 di Kuantan, Pahang.

Sepanjang perjalanan itu, Mohd Shah Riduwan dikerumuni oleh kanak-kanak dan menjadi tumpuan penduduk untuk merakam gambar bersama.

Artikel: https://bit.ly/3GsAbo8

#BeritaSemasa #SinarHarian