PRU15: Pengundi muda datang awal

Nurul Faqihah Az-Zahra Mohd Hashim bersama ibunya mengundi di SK Kampong Delima dan Mohamad Azri Amin
Nurul Faqihah Az-Zahra Mohd Hashim bersama ibunya mengundi di SK Kampong Delima dan Mohamad Azri Amin
A
A
A

PENGUNDI muda di Sekolah Kebangsaan Kampong Delima dilihat datang awal untuk menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Nurardini Anuar, 21, dari Kampung Perupok berkata, tiba jam 7.45 pagi untuk menjalankan tanggungjawab itu sebelum menemani bersama bapanya mengundi di sebuah sekolah di Jeli.

"Saya sudah membuat pilihan dan berharap rakan-rakan lain turut bersama mengundi hari ini," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Bagi pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Nurul Faqihah Az-Zahra Mohd Hashim, pulang mengundi menjadi keperluan utamanya untuk negeri dan negara.

Pelajar itu yang datang bersama ibunya, Khozainiyah Noor, 52.

"Paling penting pemimpin pilihan saya bersih dan berintegriti. Tiada siapa yang mempengaruhi saya untuk memilih," katanya

Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Mohamad Azri Amin Ropidi, 20 pula tidak menjadi masalah untuk keluar awal pagi bagi memilih pemimpin di Parlimen itu.

Anak keempat daripada enam beradik itu sudah membuat pilihan terbaik baginya.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya pemimpin beragama paling penting," katanya