Op Lancar pastikan kelancaran trafik sempena PRU15

Op Lancar dilaksanakan di semua jenis jalan di negeri ini mulai 18 hingga 20 November 2022.
Op Lancar dilaksanakan di semua jenis jalan di negeri ini mulai 18 hingga 20 November 2022.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengambil langkah proaktif menerusi Op Lancar dalam usaha memastikan kelancaran lalu lintas (trafik) di negeri ini sempena cuti hari mengundi PRU 15.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, Op Lancar berkenaan dilaksanakan di semua jenis jalan di negeri ini mulai 17 hingga 20 November 2022.

"Tumpuan penugasan bagi Op Lancar bagi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang bermula pada 17 November 2022 sehingga 20 November 2022 adalah untuk memastikan kelancaran aliran trafik melalui bantuan penugasan point duty di persimpangan, rondaan dan statik serta respons time kepada kemalangan dan halangan yang boleh menjejaskan aliran trafik.

"Polis Johor juga akan terus fokus dan komited dengan penugasan Op Lancar ini dalam memastikan kelancaran aliran trafik di semua lokasi yang dikenal pasti," katanya menerusi satu kenyataan media pada Jumaat.

Mengulas mengenai laporan trafik di semua laluan utama melibatkan Jalan Ekspres (Lebuh Raya), Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri, Kamarul Zaman berkata, keadaan trafik di kesemua laluan utama berkenaan lancar dan terkawal.

"Semua exit (susur keluar) lebuh raya dan tol di semua daerah Kontinjen Johor dalam keadaan terkawal.

"Nasihat saya kepada semua pengguna jalan raya khususnya yang memandu pulang ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab mengundi untuk terus mematuhi peraturan lalu lintas, berhemah ketika memandu, jangan pentingkan diri sendiri dan kawal emosi.

"Selain itu,perlu sentiasa bersabar dengan situasi semasa dan jangan membuat provokasi yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain," katanya.

Artikel Berkaitan: