[VIDEO] PRU15: Ibu tak restu Nik Omar bertanding

Poster yang dimuat naik oleh laman Facebook Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Pusat, pada Rabu.
Poster yang dimuat naik oleh laman Facebook Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Pusat, pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - "Saya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket Pas," demikian tegas Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Penegasan itu ditujukan kepada anaknya, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Pasir Salak, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Al-Marhum Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan saya telah mendidik anak-anak kami semenjak dari kecil lagi agar kekal istiqamah dengan perjuangan Islam bersama parti Pas," katanya menerusi satu poster dimuat naik laman Facebook Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Pusat, pada Rabu.



Pada PRU15, Nik Omar bakal berdepan tentangan dari Zairol Hizam Zakaria (GTA), Jamaludin Yahya (PN) dan Khairul Azwan Harun (BN).

Sebelum ini, PRU14 lalu, Nik Omar bertanding atas tiket PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Pada PRU itu, calon Pas Ahmad Fathan Mahmood menang dengan majoriti 3,474 menewaskan Nik Omar (PKR) dan Mohamad Fareez Noor Amran (BN).