Langkah kanan Zii Jia di Australia

Zii Jia memulakan aksi positif pada kejohanan badminton Terbuka Australia di Sydney pada Rabu. Foto FB BAM
Zii Jia memulakan aksi positif pada kejohanan badminton Terbuka Australia di Sydney pada Rabu. Foto FB BAM
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memulakan langkah kanan di Sydney apabila mudah menundukkan pemain tuan rumah, Rio Agustino dalam saingan awal Terbuka Australia pada Rabu.

Beraksi di Pusat Quay, Sydney pemain dari Alor Setar, Kedah itu cuma mengambil masa selama 25 minit untuk mengenepikan cabaran Agustino 21-9, 21-11.

Menanti Zii Jia di pusingan seterusnya ialah pemain China, Lu Guang Zu yang menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-18, 21-17.

Pemain nombor dua dunia itu dalam misi mengumpul mata untuk menempah slot Final Jelajah Dunia di Arena Nimibutr, Bangkok pada 7 hingga 11 Disember ini.

Turut beraksi positif, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang menewaskan wakil India, Tanya Hemanth 21-15, 21-16 dalam tempoh 31 minit.

Dalam pada itu, beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut menggembirakan kem negara apabila mara ke pusingan seterusnya.

Pasangan negara itu menewaskan gandingan Australia, Adam Jeffrey-Dylan Soedjasa 21-12, 21-15.

Bagaimanapun nasib berbeza buat pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei yang kalah kepada atlet Jepun, Kento Nishimoto 21-17, 21-14.

Artikel Berkaitan: