Penampilan Piala Dunia kelima buat otai Mexico

Andres Guardado. - Foto AFP
Andres Guardado. - Foto AFP
A
A
A

MEXICO menyenaraikan skuad akhir ke Qatar 2022 dengan penjaga gol veteran, Guillermo Ochoa dan pemain tengah, Andres Guardado bakal menyertai Piala Dunia buat kali kelima.

Jurulatih Gerardo Martino berharap dapat membawa pasukannya ke peringkat suku akhir kejohanan berprestij itu buat kali pertama dalam tempoh lebih tiga dekad.

Guardado, 36, yang beraksi untuk kelab Sepanyol, Real Betis antara sembilan pemain berpangkalan di Eropah yang dipanggil oleh Martino.

Ochoa, 37, adalah penjaga gol skuad kebangsaan yang memiliki cap antarabangsa terbanyak dan disanjung di Piala Dunia 2014 kerana tangkas di gawang ketika pasukannya seri 0-0 dengan Brazil.

Nasib malang buat pemain sayap, Jesus Corona apabila terpaksa diketepikan kerana patah kaki dan koyak ligamen pergelangan kaki ketika berlatih bersama kelabnya, Sevilla.

Penyerang veteran, Javier Hernandez yang bermain bersama Los Angeles Galaxy turut diketepikan selepas bermain di tiga Piala Dunia terakhir.

Mexico yang diundi dalam Kumpulan C akan membuka tirai kempen menentang Poland pada 23 November diikuti Argentina (27 November) dan Arab Saudi (1 Disember).


SKUAD PIALA DUNIA MEXICO

Artikel Berkaitan:


Penjaga gol: Guillermo Ochoa (America), Alfredo Talavera (Juarez), Rodolfo Cota (Leon)

Pertahanan: Jorge Sanchez (Ajax Amsterdam), Kevin Alvarez (Pachuca), Nestor Araujo (America), Johan Vasquez (US Cremonese), Gerardo Arteaga (KRC Genk), Hector Moreno, Cesar Montes, Jesus Gallardo (all Monterrey)

Pemain tengah: Erick Gutierrez (PSV), Orbelin Pineda (AEK Athens), Hector Herrera (Houston Dynamo), Andres Guardado (Real Betis), Roberto Alvarado (Guadalajara), Edson Alvarez (Ajax Amsterdam), Luis Chavez (Pachuca), Luis Romo (Monterrey), Carlos Rodriguez, Uriel Antuna (both Cruz Azul)

Penyerang: Hirving Lozano (Napoli), Rogelio Funes Mori (Monterrey), Henry Martin (America), Raul Jimenez (Wolverhampton Wanderers), Alexis Vega (Guadalajara)