Kenyataan saya diambil diluar konteks: Takiyuddin

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan kenyataan mengenai penggabungan PN dan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umu ke-15 (PRU15) telah dilapor diluar konteks sebenar.

Takiyuddin menjelaskan, tajuk pada kenyataan itu juga secara tidak langsung telah mengelirukan pengundi.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya berkeyakinan penuh PN akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada PN.

"Kami percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil.

"Dengan kenyataan yang jelas ini, maka sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit dan kami di PN berkeyakinan akan membentuk kerajaan bersendirian selepas PRU15," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini Takiyuddin dilaporkan berkata, PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain terutama BN.

Beliau berkata, gabungan tersebut boleh dilakukan bersama parti lain namun tidak akan menerima Pakatan Harapan (PH).

Justeru beliau yang juga calon PN bagi Parlimen Kota Bharu berharap kenyataan mengenai gabungan kedua-dua parti itu tidak berbangkit selepas penegasan tersebut dibuat.

Artikel Berkaitan: