Trak bawa tentera pergi mengundi terbalik, seorang parah

Trak yang membawa 24 anggota Regimen ke-11 Kor Armor Diraja, Kem Syed Sirajuddin, Gemas terbabas dan terbalik di Jalan Chengkau- Pilin pada Selasa. - Foto JBPM Negeri Sembilan
Trak yang membawa 24 anggota Regimen ke-11 Kor Armor Diraja, Kem Syed Sirajuddin, Gemas terbabas dan terbalik di Jalan Chengkau- Pilin pada Selasa. - Foto JBPM Negeri Sembilan
A
A
A

REMBAU - Sebuah trak tentera yang membawa 24 anggota Regimen ke-11 Kor Armor Diraja, Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang sedang dalam perjalanan ke pusat pengundian awal di Port Dickson terbabas di Jalan Chengkau- Pilin di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 12.15 tengah hari.

"Kesemua anggota dalam lingkungan umur 24 hingga 30 tahun itu dalam perjalanan ke pusat mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson untuk tujuan mengundi awal.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, trak berkenaan dipercayai gagal dikawal dan terbalik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan seorang anggota mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Rembau.

Pasukan bomba dan penyelamat ketika membuat kerja penyelamatan di lokasi.
- Foto JBPM Negeri Sembilan
Pasukan bomba dan penyelamat ketika membuat kerja penyelamatan di lokasi. - Foto JBPM Negeri Sembilan

"Empat berada di Zon Kuning dan 19 lagi Zon Hijau (cedera ringan). Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.47 pagi dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diarahkan ke lokasi dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Tampin dan Kota.

Artikel Berkaitan:

Keadaan trak tentera yang terbalik di Jalan Chengkau- Pilin pada Selasa. - Foto JBPM Negeri Sembilan
Keadaan trak tentera yang terbalik di Jalan Chengkau- Pilin pada Selasa. - Foto JBPM Negeri Sembilan

"Kerja-kerja menyelamat telah dilakukan oleh pihak bomba dan membuat rawatan awal bersama pegawai perubatan di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis dan ATM untuk tindakan seterusnya.

"Operasi tamat pada jam 1.39 petang," katanya.