Ramos kecewa tidak dipilih sertai skuad Sepanyol

Ramos (kanan) dan de Gea terpaksa melupakan kempen Piala Dunia kali ini.
Ramos (kanan) dan de Gea terpaksa melupakan kempen Piala Dunia kali ini.
A
A
A

PERTAHANAN Paris Saint Germain (PSG), Sergio Ramos menyatakan rasa kecewanya selepas namanya disihkan daripada skuad Sepanyol yang akan beraksi di Piala Dunia Qatar 2022.

Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, pemain berusia 36 tahun itu memberitahu, dia telah banyak berkorban dalam memastikan dirinya dapat kembali beraksi di peringkat tertinggi dan sentiasa cergas untuk skuad Sepanyol.

"Piala Dunia? Sudah pasti, ia adalah satu daripada impian besar yang mahu direalisasikan. Ia boleh menjadi yang kelima buat saya tetapi malangnya saya perlu menyaksikannya di rumah.

"Saya mengorbankan diri sendiri, jiwa dan raga, untuk pulih dan mendapatkan perasaan bermain bola sepak seperti dimiliki sebelum ini.

“Saya tahu ia sesuatu yang sukar untuk diterima namun matahari akan sentiasa muncul di pagi hari. Saya tidak akan mengubah apa-apa dalam diri baik mentaliti, komitmen dan usaha serta dedikasi yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Pengurus Sepanyol, Luis Enrique menyisihkan Ramos daripada senarai 26 pemain skuad itu bagi kejohanan di Qatar.

Selain Ramos, bekas pengendali Barcelona itu turut mengambil keputusan tidak menyenaraikan pemain berpengalaman seperti Ramos; pemain tengah, Thiago Alcantara; pertahanan, Marcos Alonso dan penjaga gol, David de Gea.

Artikel Berkaitan: