Arkosa Beringin tawar seni bina moden

Persekitaran damai, mempunyai 564 unit rumah termasuk lot kedai

A
A
A

Alex (dua dari kanan) menunjukkan model projek perumahan kepada Idros (tiga dari kanan) dan tetamu yang hadir pada majlis perasmian galeri jualan Arkos di sini, pada Sabtu.
Alex (dua dari kanan) menunjukkan model projek perumahan kepada Idros (tiga dari kanan) dan tetamu yang hadir pada majlis perasmian galeri jualan Arkos di sini, pada Sabtu.

Syarikat pemaju perumahan, Arkos Properties Group Sdn Bhd (Arkos) bakal membina 564 unit rumah termasuk lot kedai melalui projek perumahan terbaharunya, Arkosa Beringin Muadzam Shah, Rompin bermula tahun hadapan.

Arkosa Beringin yang dibangunkan berkonsep moden kontemporari bakal menawarkan gaya seni bina lebih moden, selesa dengan persekitaran mendamaikan pada harga mampu milik.

Sesuai dengan slogan ‘Arkos membawa impian anda menjadi realiti’, Arkosa Beringin yang dibina atas tanah seluas 50 ekar di lokasi hanya empat kilometer dari bandar Muadzam Shah memberi peluang terbaik kepada orang ramai untuk memiliki rumah berkualiti.

Selain konsep seni binanya yang moden, Arkosa Beringin juga menawarkan suasana kondusif dengan persekitaran dihiasi landskap hijau bercirikan seni taman susunan batu dari Jepun, Ishigumi Zen yang hijau dan menenangkan.

Pengarah Arkos, Alex Wong Wai Chun berkata, projek tersebut dibangunkan di atas nama syarikat bersekutu dikenali sebagai Arkos Venture Sdn Bhd dengan kerjasama pemaju tempatan, Chee Lean Construction Sdn Bhd (Chee Lean) dan pemilik tanah, Koperasi Serbaguna Dara Berhad (KSD).

Artikel Berkaitan:

Arkosa Beringin dibangunkan berkonsep moden kontemporari bakal menawarkan gaya seni bina lebih moden, selesa dengan persekitaran mendamaikan.
Arkosa Beringin dibangunkan berkonsep moden kontemporari bakal menawarkan gaya seni bina lebih moden, selesa dengan persekitaran mendamaikan.



Menurutnya, Arkos mengekalkan kerjasama dengan pemaju tempatan Chee Lean berdasarkan pengalaman syarikat itu dalam membangunkan perumahan di Pahang sejak 2004 dengan sembilan projek telah disiapkan, tiga projek dalam proses pembinaan dan beberapa projek lagi dalam perancangan akan datang.

“KSD sebagai pemilik tanah bagi projek ini merupakan sebuah koperasi yang ditubuhkan di bawah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).

“Koperasi yang wujud lebih 40 tahun lalu dengan kira-kira 600 ahli ketika ini memilih Arkos dan Chee Lean sebagai rakan usahasama strategik mengambil kira prestasi kami sebagai syarikat pemaju yang kukuh dan berpengalaman untuk memajukan tanah dimiliki,” jelas Alex.

Tambah beliau, pemilihan Muadzam Shah sebagai projek perumahan itu berdasarkan keyakinan KSD terhadap potensi bandar itu untuk berkembang pada masa akan datang mengambil kira statusnya sebagai pusat pentadbiran dan kedudukannya di tengah laluan antara Pahang dan negeri-negeri Pantai Barat termasuk Johor.

“Timbalan Pengerusi KSD, Datuk Idros Yahya sendiri yakin dengan perancangan pembangunan infrastrukrur kawasan itu termasuk menaik taraf jalan utamanya bakal membantu Muadzam Shah membangun dengan lebih cepat dan sudah pasti permintaan terhadap hartanahnya juga meningkat,” kata Alex lagi.

Galeri jualan

Ilustrasi Arkosa Beringin Muadzam Shah yang bakal dibina dengan 564 unit rumah termasuk lot kedai bermula tahun hadapan.
Ilustrasi Arkosa Beringin Muadzam Shah yang bakal dibina dengan 564 unit rumah termasuk lot kedai bermula tahun hadapan.



Majlis menandatangai perjanjian usahama itu dimenterai sempena majlis perasmian galeri jualan Arkos di Jalan Haji Ahmad di sini, pada Sabtu.

Arkos diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Willy Lim manakala Datuk How Chee Lean mewakili Chee Lean dan Idros bagi pihak KSD.

Sementara itu, kata Alex, Arkosa Beringin Muadzam Shah terdiri 522 unit rumah jenis teres setingkat, semi-D (28 unit) dan kedai satu tingkat (14 unit).

“Projek ini bakal disiapkan melalui enam hingga tujuh fasa bermula tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2030,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, rumah teres setingkat di Arkosa Beringin dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan luas binaan 822 hingga 875 kaki persegi manakala luas tanah antara 20x65 hingga 20x75 kaki.

(Dari kiri) Idros, Tan Hong Lan, How, Willy, Alex dan Ismail Yahaya pada majlis menandatangani perjanjian usahasama, pada Sabtu.
(Dari kiri) Idros, Tan Hong Lan, How, Willy, Alex dan Ismail Yahaya pada majlis menandatangani perjanjian usahasama, pada Sabtu.



“Harga yang ditawarkan masih mampu milik dengan anggaran bermula dari RM220,000,” jelasnya.

Menyedari potensi masa depan hartanah di pantai timur, Arkos secara rasmi membuka galeri jualan hartanahnya yang pertama di Kuantan pada Sabtu.

Galeri jualan moden kontemporari bersepadu yang dibina dengan kos RM1 juta itu mencerminkan kesungguhan syarikat untuk melabur dan membangunkan di pantai timur dengan persekitaran kediaman yang lebih berkualiti dan mampu milik.

Jelas Alex, Arkos merupakan pemaju pertama yang menubuhkan galeri jualan bagi menyediakan persekitaran jualan yang komprehensif dan moden serta memberikan keselesaan kepada pengunjung dan bakal pembeli hartanah ditawarkan.

“Pada masa ini, Arkos telah memperoleh lot tanah yang cukup untuk membina 1,000 unit rumah dan unit komersial dalam tempoh lima tahun,” jelasnya.

INFO

Galeri jualan Arkos yang pertama dibuka secara rasminya pada Sabtu.
Galeri jualan Arkos yang pertama dibuka secara rasminya pada Sabtu.



Alamat galeri jualan Arkos Properties Group: B164-B166, Jalan Haji Ahmad, Kuantan, Pahang.

Masa: Dibuka 9 pagi hingga 6 petang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: 016-5883537 atau boleh layari www.arkos.com.my.