Teguran Rafizi perkara biasa, kata Anwar

Anwar dan Streram bertemu penduduk di Kampung Felda Sendayan pada hari terakhir kempen PRK DUN Rantau, hari ini. - Foto Sinar Harian
Anwar dan Streram bertemu penduduk di Kampung Felda Sendayan pada hari terakhir kempen PRK DUN Rantau, hari ini. - Foto Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - Teguran Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap prestasi menteri-menteri Kabinet adalah perkara biasa.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana PH telah menerapkan budaya baharu untuk sesiapa sahaja memberi teguran dan pandangan.

"Saya pun ada tegur supaya menteri kerja kuat. Macam semalam saya ada tegur Gobind (Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo) mengenai akses internet.

ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi tegur menteri tiada strategi komunikasi

"Itu (teguran) normal. Tak perlu jadi macam pemikiran lama UMNO, tegur sikit panik," katanya kepada media selepas sarapan bersama penduduk di Kampung Felda Sendayan, di sini, hari ini.

Turut hadir, calon PH bagi PRK DUN Rantau, Dr S Streram.

Semalam, Rafizi dalam satu program di Sendayan menegur menteri PH tiada strategi komunikasi yang baik.

Rafizi berkata, banyak perkara yang tidak diterangkan dengan jelas kepada rakyat menyebabkan ia dijadikan ‘peluru’ oleh BN dan Pas.

Artikel Berkaitan: