PRU15: Tiket bas habis dijual sejak dua minggu lalu

Siti Fatimah yang merupakan ejen menjual tiket-tiket bas ekspres dari 10 buah syarikat bas ke utara, pantai timur dan selatan di Terminal Kajang, Selangor.
Siti Fatimah yang merupakan ejen menjual tiket-tiket bas ekspres dari 10 buah syarikat bas ke utara, pantai timur dan selatan di Terminal Kajang, Selangor.
A
A
A

BANGI - Hampir keseluruhan tiket-tiket bas ke utara, pantai timur dan selatan habis dijual sejak dua minggu lalu apabila orang ramai mahu pulang untuk mengundi.

Ejen tiket, Siti Fatimah Seman, 38, yang menjual tiket bagi 10 buah syarikat bas berkata, tiket bas bagi syarikat Darul Iman Ekspress yang menuju ke Terengganu, tiket bas Aero City yang menuju ke utara dan tiket bas ke selatan menerusi syarikat SC Southern Express telah habis dua minggu lalu.

Tiket bas syarikat Konsortium Mutiara ke Terengganu, tiket bas syarikat TRA Ekspress dan Quick Liner Ekspress pula telah habis sejak tiga minggu lalu.

“Hanya ada sebuah syarikat bas ke Kelantan, Naza Express yang menambah tiga buah bas lagi untuk ke destinasi pantai timur setelah tiket-tiket habis dijual apabila diumumkan hari mengundi.

“Namun tiket tambahan tersebut hanya ada pada tarikh 16, 17 dan 18 November ini sahaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Kerani kaunter syarikat bas Sani Express, Siti Fatihah Yussof, 25, pula berkata, kesemua tiket syarikat itu ke utara dan pantai timur telah habis dijual sejak sebulan lalu.

Siti Fatihah
Siti Fatihah

Menurutnya, kebanyakan penumpang membeli secara dalam talian apabila syarikat itu membuka jualan tiket perjalanan sebulan lebih awal.

Artikel Berkaitan:

“Tiket ke pantai timur termasuk ke Kuantan, Pahang telah habis dijual seumpama ‘pisang goreng’ apabila kerajaan mengumumkan hari mengundi.

“Jualan tiket untuk tarikh bermula 15 hingga 19 November telah habis dijual sejak dua minggu lalu.

“Manakala tiket bas pada tarikh 17 dan 18 November telah habis dijual sejak sebulan lalu,” jelasnya.