Banjir: 221 penduduk di Klang dipindahkan

Mangsa banjir di Meru dipindahkan ke tujuh PPS setakat ini.
Mangsa banjir di Meru dipindahkan ke tujuh PPS setakat ini.
A
A
A

KLANG - Seramai 221 penduduk dipindahkan ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini menjadikan jumlah mangsa yang terlibat seramai 719 orang pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Norazam Khamis berkata, pemindahan terkini itu melibatkan empat lokasi bagi kawasan Meru.

"Pemindahan seramai 221 penduduk melibatkan empat lokasi iaitu Sekolah Kebangsaan Binjai (170), Meru Indah (lima), Sekolah Rendah Agama (SRA) Meru (19) dan Rantau Panjang (27).

"Setakat ini jumlah keseluruhan mangsa terlibat yang ditempatkan di tujuh lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka antaranya Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru (628), SRA Meru (19), Masjid Al-Falah (41), Dewan Orang Ramai Meru (4), Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh (dalam bancian) dan Dewan Rantau Panjang (27)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, sejumlah anggota digerakkan bagi keseluruhan operasi menyelamat melibatkan enam balai bomba.

Keadaan rumah penduduk yang dinaiki air sejak Khamis.
Keadaan rumah penduduk yang dinaiki air sejak Khamis.

"Antara balai bomba yang terlibat adalah Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dan Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang.

"Secara keseluruhan, operasi banjir kali ini melibatkan 127 anggota, 12 bot, 15 utiliti dan 20 jentera," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air ekoran hujan lebat yang melanda hampir beberapa jam.