Insiden pelik monyet tersepit pada roda motosikal

Seekor monyet tersepit di bahagian roda motosikal di Badosarai baru-baru ini. - Foto Twitter
Seekor monyet tersepit di bahagian roda motosikal di Badosarai baru-baru ini. - Foto Twitter
A
A
A

NEW DELHI - Seekor monyet tersepit pada celah roda depan sebuah motosikal di Badosarai, Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Kejadian bermula apabila monyet itu cuba melintas jalan raya tetapi haiwan tersebut dilaporkan terperangkap di celah roda sebuah motosikal yang sedang bergerak laju.

Namun, penunggang motosikal itu bertindak membrek pada masa yang tepat sehingga menyebabkan haiwan tersebut tidak cedera sama sekali.

Bagaimanapun, ia hanya tersepit pada roda hadapan motosikal itu mengakibatkan beberapa orang membantu untuk menyelamatkan haiwan yang tersepit itu.

Persoalan yang timbul kini ialah bagaimana monyet itu boleh tersepit di celah roda tersebut.

Walau bagaimana pun, seorang lelaki membuka roda hadapan motosikal untuk membolehkan haiwan itu keluar dan menurut sumber, haiwan tersebut kemudian disahkan selamat dalam kejadian tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: