Tinggal serumah bersama 20 ekor haiwan eksotik

Muhammad Helmi Izzuddin Yusof, 35,berjaya menguruskan 20 ekor haiwan eksotik seperti ular, katak, cicak tokek harimau dan labah-labah tarantula.
Muhammad Helmi Izzuddin Yusof, 35,berjaya menguruskan 20 ekor haiwan eksotik seperti ular, katak, cicak tokek harimau dan labah-labah tarantula.
A
A
A

GUA MUSANG - Bermula dengan sekadar hobi, sepasang suami isteri kini membiak lebih 10 jenis haiwan di rumah mereka di Taman Rusa di sini.

Muhammad Helmi Izzuddin Yusof, 35, dan isteri Zulfarina Zulkifli, 35, berjaya menguruskan 20 ekor haiwan eksotik seperti ular, katak, cicak tokek harimau dan labah-labah tarantula.

Zulfarina berkata, mereka memiliki permit dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memelihara haiwan eksotik berkenaan.

"Kami bersama seorang anak lelaki kini tinggal bersama lebih 20 ekor haiwan terdiri daripada spesies Western Hognose Snake dan Cornsnake (ular); Sailfin Dragon, Blue Tongue Skink dan Leopard Gecko (cicak); Tarantula (labah-labah) serta Pacman Frog dan Pixie Frog (katak).

"Saya bukan hanya membela, namun turut menjualnya secara dalam talian kepada orang ramai yang berminat," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Zulfarina berkata, walaupun perniagaan yang diusahakan ini hanya dibuat di beberapa platform jualan dalam talian, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

"Kami dalam proses membuka premis jualan haiwan eksotik, makanan dan ubat-ubatan haiwan olahan kami sendiri, jadi buat masa ini tempahan dan maklumat boleh disalurkan ke Facebook rasmi kami, Raptor Riot Malaysia HQ,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Helmi berkata, hobi membela dan mengumpul haiwan eksotik itu bermula ketika menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) 11 tahun lepas, sebelum menjalankan pembiakan spesies haiwan itu untuk dijual kepada mereka yang berkongsi hobi sama.

"Walaupun membiak haiwan ini dengan sendiri, kami akan pastikan kesemua induk melalui proses pembiakan dengan baik dan sempurna sebelum sedia untuk dijual.

Artikel Berkaitan:

"Penjagaan untuk semua haiwan ini tidaklah terlalu rumit, misalnya untuk ular ia hanya perlu diberi makan sekali seminggu jadi peruntukan untuk mereka tidak mahal,” katanya.

Tidak hanya melakukan pembiakan, pasangan ini mengambil pendekatan memudahkan pemilik haiwan eksotik lain dengan menghasilkan makanan ular yang siap diproses dan dijual sejak empat tahun lepas. - Bernama.