PRABN keluar notis banjir kilat di 4 negeri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan melibatkan empat negeri pada Rabu.

Menurut notis tersebut, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak berada dalam senarai lokasi yang berisiko banjir kilat berdasarkan maklumat ramalan hujan dari model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS).

Di Pahang, antara lokasi berisiko adalah di daerah Rompin melibatkan Kampung Janglau 1,2 dan 3; Kampung Serikin; Kampung Setajam; Kampung Pianggu dan Kampung Sarang Tiong.

Di Selangor pula, melibatkan daerah Klang iaitu di Kampung Delek; Jalan Kebun Nenas; Kampung Jawa; Taman Melawis; Teluk Pulai; Taman Petaling; Taman Sentosa; Taman Saujana; Taman Rashna; Kampung Bukit Naga; Batu 8; Jalan Bukit Kemuning dan Pandamaran.

Di Johor melibatkan dua daerah di Mersing iaitu di Kampung Air Tawar; Kampung Semaloi; Kampung Asli Labong; Sungai Padang; Kampung Kuria Batu 4 dan Mukim Triang.

Manakala, di Pontian iaitu di Kampung Bugis Batu 6; Kampung Parit Jerman; Kampung Penerok; Jalan Makam; Kampung Penghulu Bakar; Kampung Permas dan Kampung Parit Sulaiman.

Di Sarawak iaitu di Kuching iaitu di Kampung Batu Kitang; Batu Kitang KM10; Kampung Stenggang; Kampung Bratan dan Kampung Selampit.

Selain itu, di Serian pula melibatkan Taman Duranda Mas; Kampung Duras Batu 16 dan 17, Jalan Kuching-Tapah Lama; Jalan Kampung Batu Gong dan Siburan Bazaar.

Artikel Berkaitan:

PRABN menjelaskan terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi terbabit sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

"Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat.

"Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir dan layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa," kata notis tersebut.