PRU15: Shahidan mahu 'jatuhkan' Menteri Besar Perlis

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim
A
A
A

ARAU - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim nekad 'menjatuhkan' Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Shahidan berkata, fokus memastikan kekalahan Azlan dalam usaha memenangkan PN adalah keutamaannya.

"Matlamat kita adalah untuk jatuhkan Menteri Besar dengan dahsyatnya kerana dia melanggar keputusan UMNO Bahagian berhubung isu calon.

"Saya akan pergi ke Bintong untuk berkempen dan menceritakan keadaan yang sebenarnya.

"Orang seperti ini (Azlan) patut dikalahkan kerana dia ganggu politik Perlis," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau sebelum itu mendakwa Azlan sebagai Pengerusi UMNO negeri telah melanggar keputusan bahagian berhubung isu calon.

Dalam pada itu, bekas 'warlord' UMNO yang bertanding atas tiket PN yakin dapat mempertahankan kemenangannya dengan memperoleh 35,000 undi.

"Saya yakin akan menang di kerusi Parlimen Arau. Sudah pasti 16,000 undi Pas akan berpihak kepada saya dan begitu juga lebih 1,000 undi dari Bersatu.

Artikel Berkaitan:

"10,000 undi daripada orang UMNO dan pengundi muda. Kalau separuh undi orang muda saya dapat, bermakna calon nombor dua (dirinya) akan dapat hingga 35,000 undi," katanya.