Polis terima laporan khianat kain rentang parti

Perbuatan khianat ke atas kain rentang parti di Kampung Gembut, Tanjung Sedili - Foto Polis Kota Tinggi
Perbuatan khianat ke atas kain rentang parti di Kampung Gembut, Tanjung Sedili - Foto Polis Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI - Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes khianat terhadap kain rentang parti di Kampung Gembut, Tanjung Sedili di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, laporan polis itu diterima jam 12.01 tengah malam.

Dalam kejadian ini, hasil siasatan mendapati kain rentang tersebut digantung pada tiang elektrik dan tiang papan tanda tepi simpang Jalan Klinik, setinggi 1.57 meter.

"Pihak polis sentiasa melakukan pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan tempat kejadian serta seluruh daerah Kota Tinggi bagi memantau aktiviti jenayah seumpama ini tidak berlaku lagi," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mana-mana individu atau kumpulan diingatkan supaya tidak mencetuskan provokasi yang akan menganggu gugat keamanan daerah Kota Tinggi.

"Polis Daerah Kota Tinggi memberi amaran dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kejadian ini di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: