Pengayuh beca kembali beraksi selepas dua tahun ‘berehat’

Dua pengayuh beca gembira mendapat pelanggan dalam kalangan pelancong tempatan.
Dua pengayuh beca gembira mendapat pelanggan dalam kalangan pelancong tempatan.
A
A
A

MELAKA – Beca dengan hiasan unik dan berseni menjadi ikonik kepada industri pelancongan negeri Melaka. Tidak lengkap percutian pelancong jika tidak menaiki beca mengeliling bandar raya bersejarah itu.

Tiket beca yang dikenakan sekitar RM40 (mengikut pusingan) berbaloi dengan pengalaman yang dirasi pelancong.

Namun, sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac tahun 2020 dan penutupan sempadan negeri serta antarabangsa, memberi kesan besar kepada pengayuh beca di seluruh negara.

Pelancong dibawa mengelilingi Bandaraya Melaka menaiki beca berhias dengan bayaran anggaran dari RM40 mengikut satu pusingan.
Pelancong dibawa mengelilingi Bandaraya Melaka menaiki beca berhias dengan bayaran anggaran dari RM40 mengikut satu pusingan.

Dua tahun 'berehat' menjadi beban yang perlu ditanggung kerana melibatkan pendapatan harian. Mereka terpaksa melakukan kerja lain demi kelangsungan hidup.

Kini, selepas Malaysia beralih ke fasa endemik dan sempadan negara dibuka semula pada 1 April lalu, pengayuh beca menarik nafas lega setelah kembali beraksi membawa pelancong di sekitar Banda Hilir di sini.

Melalui pelbagai bentuk bantuan kewangan yang disediakan kerajaan, ia memberi manfaat kepada pengayuh beca di seluruh negara khususnya di Melaka yang memainkan peranan besar dalam memacu industri pelancongan di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin mengesyorkan beberapa langkah untuk memperkasakan industri pelancongan negara.
Muhyiddin mengesyorkan beberapa langkah untuk memperkasakan industri pelancongan negara.

Dalam Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) kelapan, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penekanan terhadap empat kementerian yang perlu diperkasakan bagi membantu industri pelancongan kembali bernafas.

MPN mengesyorkan beberapa langkah dalam menambah baik peranannya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memastikan kehidupan rakyat ke fasa endemik terus terbela, tidak terkecuali golongan pemain industri pelancongan seperti penarik beca ini.

REAKSI PENGAYUH BECA

No Image Caption

“Selepas pintu sempadan dibuka, pendapatan kami sebagai duta kecil (pengayuh beca) meningkat. Biarpun masih terkesan, namun pelancong bertambah dan kami dapat menjana semula pendapatan.” - Muhammad Aqil Nazmi Mazni.

No Image Caption

“Dari segi bantuan, ada juga yang saya dapat daripada kerajaan seperti bantuan one-off. Sedikit sebanyak dapat jugalah membantu pengayuh beca seperti kami yang terjejas terutama bagi yang sudah berkeluarga.” - Shahzuan Abdullah.

No Image Caption

“Dulu masa PKP memang sukar, kami langsung tak dapat apa-apa (pendapatan). Tapi kerajaan ada bantu juga dan tidak melupakan golongan pengayuh beca.” - Omar Jantan.

No Image Caption

“Semasa PKP, saya terpaksa buat kerja sebagai pemandu lori. Nasib baik kerajaan ada membantu jika tidak lagi susah. Kita ada keluarga yang perlu ditanggung dan sara.” Cheah Chong Leng.

No Image Caption

“Sekiranya tiada langsung bantuan daripada kerajaan tentu ramai yang terpaksa melupakan pekerjaan sebagai pengayuh beca ini, terutama sekali bagi mereka yang telah berusia.” - Ahmad Zaki Loyot.

No Image Caption

“Semasa PKP dan bantuan hari raya, kerajaan tidak melupakan kami. Saya harap golongan pengayuh beca terus diberikan perhatian memandangkan pelancong tidak semeriah dahulu sebelum Covid-19 melanda.” - Azman Dollah.

No Image Caption

"Memang ada bantuan yang diberikan kerajaan dan ini membantu kami kerana kami hanya bergantung pendapatan kepada pelanggan. Kalau ada pelanggan barulah dapat wang.” - Rosly Muniandy Abdullah.

No Image Caption

“Rakyat nampak apa kerajaan buat dan kita semua mengharapkan kerajaan akan terus membantu rakyat untuk bangkit semula.” - Meng Kong

No Image Caption

“Tidak dinafikan bantuan yang dihulurkan kerajaan sangat-sangat membantu insan-insan seperti kami yang juga hilang punca pendapatan akibat pandemik.” - Mohd Fandi