Piala Liga: Gillingham akhiri cabaran Brentford

Pemain Gillingham meraikan kejayaan mencipta kejutan ke atas Brentford di pusingan ketiga Piala Liga. - Foto Agensi
Pemain Gillingham meraikan kejayaan mencipta kejutan ke atas Brentford di pusingan ketiga Piala Liga. - Foto Agensi
A
A
A

KELAB Divisyen Empat yang sedang bergelut, Gillingham mencipta sensasi apabila menyingkirkan jagoan Liga Perdana Inggeris (EPL), Brentford, 6-5 daripada saingan pusingan ketiga Piala Liga, menerusi penentuan sepakan di Stadium Komuniti Gtech pada Rabu.

Turut menyertai The Bees, Everton pimpinan Frank Lampard yang dibelasah 1-4 oleh satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris, sekali gus menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut The Cherries pimpinan Gary O'Neil.

Gillingham, yang berkedudukan tangga ke-77 di bawah Brentford dalam hierarki liga menjelang perlawanan, meraih gol penyamaan minit ke-75 di London Barat apabila pemain gantian Mikael Mandron menanduk masuk untuk membatalkan gol minit ketiga Ivan Toney.

The Gills dipacu Neil Harris mengesahkan kemaraan ke pusingan keempat buat kali pertama dalam 26 tahun apabila sepakan penalti Mikkel Damsgaard terkena palang.

Perlawanan sebelum itu bermula lewat selepas perjalanan Gillingham tertangguh setelah berdepan masalah teknikal.

Sementara itu, aksi di Stadium Vitality, menampilkan dua kelab di atas zon penyingkiran dengan O'Neil.

Kedua-dua pasukan melakukan rombakan apabila menurunkan barisan pemain baharu selepas kekalahan teruk hujung minggu lalu.

Jamal Lowe meletakkan Bournemouth di depan selepas tujuh minit menewaskan penjaga gol Everton, Asmir Begovic.

Artikel Berkaitan:

Everton, yang bermain di Bournemouth sekali lagi dalam liga pada Ahad ini, mensia-siakan beberapa peluang menyamakan kedudukan dicemuh penyokong The Toffees.

Pertahanan lemah The Toffees membolehkan Junior Stanislas menjadikan kedudukan 2-0 dengan menjaringkan minit ke-47.

Lampard kemudian melakukan pertukaran tiga pemain sekali gus pada minit 51 selepas bermula dengan 11 pertukaran setelah tewas 0-2 kepada Leicester City.

Demarai Gray mengurangkan defisit pada minit ke-67, namun Bournemouth yang tenang kembali mendahului menerusi Emiliano Marcondes pada minit ke-78 sebelum Jaidon Anthony meledak gol, untuk kedudukan 4-1, pada minit ke-82.

Sementara itu, Leicester City pimpinan Brendan Rodgers menewaskan kelab Divisyen Empat, Newport County 3-0 untuk mara ke pusingan 16 terakhir, dengan bekas penyerang England Jamie Vardy menjaringkan dua gol (70, 82) selepas James Justin membuka jaringan sebelum rehat.

Kelab Divisyen Tiga, Lincoln City pula mara selepas mengejutkan pasukan Liga Kejuaraan, Bristol City, 3-1 di Stadium Ashton Gate.

Pendahulu Liga Kejuaraan, Burnley menewaskan Crawley Town 3-1 manakala Charlton Athletic menewaskan Stevenage 5-4 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1.

MK Dons pula menang 2-0 di tempat sendiri kepada kelab seteru, Morecambe.

Untuk rekod, pusingan keempat dijadualkan menyingkap tirai selepas Piala Dunia 2022 di Qatar.