Tidak tumpang populariti bapa

Muhammad Rif'aat (kiri) ketika mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Kampung Raban pada Selasa.
Muhammad Rif'aat (kiri) ketika mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Kampung Raban pada Selasa.
A
A
A

LENGGONG - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Lenggong, Muhammad Rif'aat Razman menegaskan tidak akan menggunakan populariti bapanya Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Muhammad Rif'aat berkata, beliau bergerak dengan penyokong dalam usaha memperkenalkan diri kepada pengundi bagi meraih sokongan.

"Saya tidak menumpang kewibawaan bapa sebagai calon kerana sudah dikenali sebagai anak Pak Man (Razman).

"Penduduk di Lenggong juga mengenali saya kerana ada mengajar di beberapa masjid dan guru di sekolah tahfiz di sini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Muhammad Rif'aat dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Jurej Latiff Rosli.

Muhammad Rif'aat
Muhammad Rif'aat

Menurutnya, walaupun ada cabaran seperti ďimarah oleh segelintir penduduk kerana masuk ke kampung ia tidak mematahkan semangatnya untuk berkempen.

Beliau berkata, akan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana tinggal di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya calon anak tempatan, bukannya calon luar apabila menang, tinggalkan kawasan yang dimenangi," katanya.