'Manchester United lawan terhebat' - Xavi

Xavi
Xavi
A
A
A

KETUA jurulatih Barcelona, Xavi menyifatkan Manchester United sebagai lawan yang cukup mencabar apabila kedua-dua pasukan itu diundi bertemu dalam saingan playoff pusingan kalah mati Liga Europa (UEL).

Menurut Xavi, pasukannya tidak boleh memandang mudah kemampuan United memandangkan prestasi semasa mereka di bawah kendalian Erik ten Hag cukup kuat.

Jelas Xavi, beliau percaya pemain-pemain memerlukan motivasi yang cukup kuat sekiranya mahu menewaskan United untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Manchester (United) merupakan seteru yang hebat. Malah pasukan itu berkembang dengan baik di bawah bimbingan Erik ten Hag, selain mempunyai pemain individu yang bagus.

“Ia satu cabaran besar buat kami. Pemain kami mungkin perlu lebih bermotivasi apabila berdepan lawan sekuat itu,” katanya.

Untuk rekod, Barcelona akan bersaing dalam Liga Europa tahun depan selepas gagal ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di belakang Bayern Munich dan Inter Milan.

Pada musim lalu, kelab catalan itu tewas kepada pasukan juara, Eintracht Frankfurt, dalam suku akhir UEL musim lalu.

Artikel Berkaitan: