Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: Anwar nafi kerjasama dengan Zahid

07 November 2022 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 7 NOVEMBER 2022 Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan wujud pakatan atau rundingan dirinya bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan bersama selepas PRU15. Menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Datuk Seri Anwar dengan tegas berkata tidak pernah wujud cadangan oleh Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan pemimpin UMNO itu seperti mana didakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Datuk Seri Anwar yang juga Pengerusi PH berkata Tan Sri Abdul Hadi Awang sepatutnya menjaga adab dan akhlak selaras dengan imejnya sebagai seorang ulama. Muzik: Artlist.co#BeritaSemasa #SinarHarian