Sila log masuk terlebih dahulu.

Kereta sorong sumber rezeki anak muda Pulau Bum-Bum

07 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 7 NOVEMBER 2022

Hanya bermodalkan RM150, belia di Kampung Balembang, Pulau Bum-Bum, di Semporna, mampu menjana pendapatan sehingga RM120 sehari dengan menyediakan perkhidmatan mengangkut barang penduduk kampung dengan menggunakan kereta sorong, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Kereta sorong yang telah diubahsuai digunakan untuk mengangkut barang penduduk kampung yang tiba dari Pekan Semporna untuk di bawa ke stesen bas yang terletak sejauh kira-kira 100 meter Jeti Balembang, pulau berkenaan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15