Buruh maut motosikal terbabas di LPT2

Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
A
A
A


DUNGUN - Seorang buruh maut dalam satu nahas jalan raya di Kilometer 377.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Bukit Besi petang semalam.

Mangsa, Shahriman Makhtar, 29, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas ke kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian mangsa yang berasal dari Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kemaman.

Menurutnya, mangsa parah di muka dan kepala akibat tercampak dan terkena besi penghadang jalan.
Artikel Berkaitan:


"Pegawai perubatan yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Pihak polis telah menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan tentang kejadian dan mayat mangsa di bawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987