'Kami boleh pecah kubu kuat UMNO' - Calon PN

Wan Fayhsal (kiri) dan Klir menjadikan isu rasuah antara agenda dalam kempen mereka.
Wan Fayhsal (kiri) dan Klir menjadikan isu rasuah antara agenda dalam kempen mereka.
A
A
A

KOTA BHARU - Bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 di kubu kuat UMNO tetap memberi kelebihan kepada dua calon Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi kawasan itu.

Dua calon itu, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Mejar Jeneral (B) Datuk Klir Mohd Nor positif kubu kuat itu dapat dipecahkan berdasarkan situasi politik semasa selain isu rasuah dalam parti.

Wan Fayhsal yang diangkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk calon Parlimen Machang, percaya isu rasuah kini antara perkara utama yang mengubah pemilihan pengundi.

"Undi anak muda juga dapat memberi peluang menembusi kubu kuat B).

"Mereka tidak buta dan saya yakin masalah rasuah juga antara isu utama yang menyebabkan anak muda kini boleh beralih arah," katanya ketika sidang akhbar di Pejabat Penerangan Pas negeri Kelantan pada Ahad.

Beliau turut memberitahu akan menerangkan perkara dan situasi berkaitan rasuah sebaik mungkin kepada pengundi.

Selain itu katanya, corak pengundi di Machang menunjukkan mereka menerima parti itu terutama anak muda.

"Sudah tiba masanya mereka memberi peluang kepada parti lain untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di Machang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketua Armada Bersatu itu berkata, Kelantan sebelum ini dianaktirikan dalam konteks pekerjaan, ekonomi, kemudahan asas termasuk jalan raya dan internet.

Bekas ketua perisikan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Klir pula merancang mendekati golongan tentera dan bekas tentera untuk membela nasib mereka.

"Belum pernah ada anggota tentera di negeri ini yang bertanding dalam pilihan raya dan saya akan pastikan mereka semua dalam agenda kami," katanya.

Beliau turut menjadikan isu rasuah sebagai perkara utama dalam kempen kerana jenayah itu antara yang serius dalam negara.

"Membebaskan rasuah merupakan aku janji saya selepas bersara dan menceburi bidang politik," katanya.

Ketika ditanya mengenai pencalonannya di Ketereh yang terkenal sebagai kawasan Anuar Musa, beliau memberitahu, perkara berkenaan tidak menjadi masalah kerana sudah lama mengenali Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.

"Mungkin dia akan pangkah saya," katanya.


Klir semasa menyampaikan ucapan pada program turun padang Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Pasar Peringat, Kota Bharu pada Ahad.
Klir semasa menyampaikan ucapan pada program turun padang Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Pasar Peringat, Kota Bharu pada Ahad.

"Jangan pelik jika lihat saya lain sikit" calon PN Ketereh

KOTA BHARU - Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (B) Datuk Klir Mohd Nor mengingatkan rakyat di sini supaya jangan pelik melihat beliau lain dari orang politik yang sedia ada.

"40 tahun saya dalam tentera, hendak berubah jadi orang politik dalam masa 15 hari, sukar.

"Dalam tentera cara bercakap, berjalan semua lain. Tapi saya cuba berubah demi rakyat," katanya semasa menyampaikan ucapan pada program turun padang Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Pasar Peringat di sini pada Ahad.

Menurut beliau kemunculannya sebagai wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mewakili PN bagi kerusi Parlimen Ketereh adalah seperti bidang terjun.

Bagaimanapun ujarnya, beliau yang merupakan bekas Ketua Perisikan Tentera Darat yakin mampu menarik undi warga Ketereh pada 19 November nanti.

Pada PRU15 Klir akan berdepan dengan tiga pencabar iaitu Marzuani Ardila Ariffin (BN), Rahimi L.Muhamud (PH) dan Hanif Ibrahim (GTA).

Pada PRU14 kerusi Parimen Ketereh dimenangi oleh Tan Sri Annuar Musa dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas (Wan Ismail Wan Jusoh) dan PKR (Datuk Dr Mohd Radzi Jidin).

Annuar memperoleh undian sebanyak 25,467 undi, Pas (20,841) dan PKR (6,799).