Liek Hou sambar gelaran dunia di Jepun

Liek Hou merangkul gelaran juara dunia buat kali ketujuh setelah mengungguli Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, Jepun pada Ahad. Foto FB MSN
Liek Hou merangkul gelaran juara dunia buat kali ketujuh setelah mengungguli Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, Jepun pada Ahad. Foto FB MSN
A
A
A

JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou kembali bergelar juara dunia selepas kali terakhir meraih gelaran itu lima tahun lalu.

Momen bergelar juara dunia buat kali ketujuh dirangkul Liek Hou pada Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, Jepun, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas Liek Hou menewaskan musuh tradisinya dari Indonesia Dheva Anrimusthi 21-14, 21-12 pada aksi final kategori SU5.

Kejayaan tersebut membolehkan pemenang pingat emas Paralimpik 2020 itu merampas kembali kejuaraan selepas kali terakhir memenanginya di Ulsan, Korea Selatan 2017.

Pada edisi 2019 di Basel, Switzerland Liek Hou tersekat di peringkat separuh akhir.

Malah Liek Hou bukan sahaja terlepas monopoli dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas kalah kepada Dheva Anrimusthi, malah turut kehilangan kedudukan nombor satu dunia.

Pemain berusia 34 tahun itu berpeluang untuk meraih kejuaraan berganda pada Kejohanan Dunia kali ini apabila turut beraksi dalam final beregu lelaki pada Ahad.

Liek Hou bergandingan dengan Faris Ahmad Azri akan menentang pasangan Indonesia, Dheva-Hafizh Brilliansyah Prawiranegara bagi perebutan gelaran juara petang ini.

Artikel Berkaitan:

Jika muncul juara, ia akan menjadi gelaran dunia keenam buat Liek Hou dalam acara beregu lelaki.