JDT bawa pulang bekalan selesa

Abdul Latif Suhaimi (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain JDT pada aksi pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu. - Foto Ihsan Kelantan FC
Abdul Latif Suhaimi (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain JDT pada aksi pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu. - Foto Ihsan Kelantan FC
A
A
A

JUARA Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan selaku pasukan terkuat di negara ini apabila melakar kemenangan mudah 3-0 ke atas Kelantan FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan JDT membawa pulang bekalan selesa pada aksi suku akhir kedua nanti.

Kelantan FC nyata bukan tandingan JDT apabila pasukan melawat membolosi kubu tuan rumah seawal minit ke-29 menerusi Bergson Gustavo.

Muhammad Syafiq Ahmad menambah derita tuan rumah pada minit ke-37 menerusi tandukan menarik yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang tuan rumah, Nik Mohd Amin Ahmad.

Aksi babak kedua, tuan rumah dilihat terkial-kial untuk mencari gol untuk merapatkan jurang jaringan namun gagal.

Leandro menambah derita Kelantan FC dengan mencetak gol ketiga buat pasukannya pada minit ke-74.

Selepas itu, pelawat terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Mohd Afiq diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua apabila mengasari pemain tuan rumah.

Menuju minit-minit akhir perlawanan pemain tuan rumah Jasmir Mehat diperintah keluar padang selepas menerima layangan kad kuning kedua.

Artikel Berkaitan:

Keputusan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan FC berdepan laluan sukar pada aksi di JDT nanti.