Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: Proses penamaan calon di Tenom kecoh

05 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 5 NOVEMBER 2022

Proses penamaan calon Parlimen Tenom, Sabah yang berlangsung di Dewan DSP Antanom bertukar kecoh apabila Pasukan Simpanan Persekutuan dipercayai melepaskan gas pemedih mata di kawasan berkenaan.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, insiden tersebut berlaku di pekarangan pusat penamaan calon di mana penyokong yang berarak cuba masuk ke dewan namun gas pemedih mata dilepaskan secara tiba-tiba di kawasan berkenaan.

Difahamkan, cubaan merempuh masuk dewan itu berpunca akibat penyokong tidak berpuas hati susulan pencalonan Presiden Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, Datuk Peter Anthony ditolak SPR pada proses tersebut.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah enggan mengulas kejadian berhubung pelepasan gas pemedih mata berkenaan.

Artikel: https://bit.ly/3NQYVIB

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa