Usah sentuh isu sensitif semasa kempen: KPN

Acryl Sani (tengah) sedang berbincang dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim di pusat penamaan calon, P121 Lembah Pantai di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya pada Sabtu.
Acryl Sani (tengah) sedang berbincang dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim di pusat penamaan calon, P121 Lembah Pantai di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi amaran kepada semua calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk tidak menyentuh isu yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam semasa berkempen.

Acryl Sani berkata, isu berkenaan adalah berkaitan agama, perkauman dan menyebarkan dakwaan tidak benar antara satu sama lain yang boleh memecah-belah keamanan.

"Terdapat pandangan daripada sebahagian pemerhati politik yang menyatakan proses berkempen dan pengundian PRU15 akan berjalan dalam keadaan sengit disebabkan perkembangan semasa.

"Saya yakin masyarakat lebih matang dan tahu membezakan baik dan buruk," katanya selepas melawat pusat penamaan calon, P121 Lembah Pantai di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta agensi lain yang berkaitan akan melakukan pemantauan pada setiap masa dalam memastikan proses berkempen dan pengundian dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Semua pihak perlu berkempen dengan mengamalkan etika yang baik, mematuhi peraturan berkempen dan tidak melakukan kekacauan serta provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan dan menganggu-gugat ketenteraman awam," katanya.

Acryl Sani berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan, di mana seramai 79,953 pegawai dan anggota polis di seluruh negara telah digerakkan untuk penugasan PRU15.

"PDRM telah mengaturkan penugasan Op Cantas Khas untuk menjalankan risikan, pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang cuba melakukan kekacauan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Op Cantas Khas itu adalah bertujuan mengawal tingkah laku dan gerak kerja mana-mana pihak terkait dengan gengsterisme yang cuba mengambil kesempatan ketika PRU15.

"Pegawai polis juga telah ditempatkan dalam Pasukan Pemantau Kesalahan Pilihan Raya bagi memastikan semua pihak melakukan kempen mengikut garis panduan yang ditetapkan SPR," katanya.