Semua calon ada peluang menang di Beserah

Andansura (tengah) menyifatkan semua calon ada peluang sama rata untuk menang dalam perebutan kerusi N12 Berserah pada PRU15.
Andansura (tengah) menyifatkan semua calon ada peluang sama rata untuk menang dalam perebutan kerusi N12 Berserah pada PRU15.
A
A
A

KUANTAN - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Berserah, Andansura Rabu menyifatkan semua calon yang bertanding, termasuk dirinya mempunyai peluang sama rata untuk memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Beliau berkata, setiap calon memiliki kelebihan tersendiri dan pengundi boleh menilai dan memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja.

"Hampir 60,000 pengundi di kawasan DUN Beserah, jadi bagi saya semua calon ada peluang sama rata terpulang kepada rakyat memberikan undi dan sokongan," katanya yang juga calon kepada Parti Perikatan Nasional (PN) ketika ditemui di Wisma Belia di sini pada Sabtu.

Kerusi DUN Beserah menyaksikan pertembungan lima penjuru termasuk dari calon Bebas yang merupakan ahli perniagaan, Joseph Tang Saing Yew.

Selain Siang Yew, Andansura akan berentap dengan Zulkifli Mohamed daripada Pakatan Harapan (PH), Mohd Fauzi Taib (Pejuang) dan Datuk Seri Mustaffar Kamal Ab Hamid (BN).

Mengulas lanjut mengenai pertembungan lima penjuru, Andansura berkata, ini menunjukkan bahawa negara mengamalkan kebebasan untuk setiap rakyat.

"Mereka berhak untuk menyertai (bertanding), namun kita melihat ia tidak memberikan kesan kepada keputusan yang akan dibuat oleh rakyat.

"Ini kerana calon Bebas ini hanya sebagai hendak memenuhi kehendak tertentu. Namun kita menyambut baik apa sahaja, sebab ini amalan demokrasi siapa-siapa sahaja berhad untuk bertanding," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Andansura memperoleh 12,239 undi di kerusi DUN Beserah sekali gus menang dengan majoriti 1,305 undi mengalahkan calon PH, Zulkifli (10,934 undi) dan calon BN, Suhaimi Sulong (8,732 undi).